Wednesday, 3 December 2014

Cuti-cuti 2014 : Pulau Perhentian (Part 2)


Hai, belum habis lagi cerita bercuti di Pulau Perhentian semalam. hehe, mengantuk sangat dah malam tadi tak larat nak sambung.. Ni kisah hari kedua dan ketiga pula. Hari kedua pihak resort dah sediakan aktiviti untuk kami jadi tak perlu lah kami sendiri yang cari aktiviti sampai menggila ambil gambar di tepi pantai haha. So, hari ini kami pergi snorkelling la. Memang rugi lah bagi sesiapa yang pergi Pulau Perhentian tapi tak pergi snorkelling dan tu perkara wajib la kiranya. Berangan jugak nk diving tapi tak ada lesen.. kalau lesen kereta atau motosikal boleh diguna untuk diving memang aku pergi dah tak tengok belakang lagi haha. Untuk pergi ke kawasan snorkelling ni, kami pergi naik boat yang disediakan oleh pihak resort. 


Muka excited semua.. 

Haa, pagi2 awal memang lah nampak bersemangat semacam. Tengok la waktu snorkelling nanti macam mana haha. Aku pun excited jugak sebenarnya tapi sembunyi je dalam hati perasaan excited tue :) Maklumlah ini kali pertama aku pergi snorkelling. Tak tahu lah sejak dua menjak ni aku suka sangat main air haha.. mungkin disebabkan baru pandai berenang kot. hee. Pagi tu kami pergi empat hentian untuk snorkelling. Hentian pertama tu memang best la air laut dia biru.. Sampai2 je terus terjun tapi guna life jacket sbb d malam juga kawasan tepi pantai tu. Tapi serius aku kata, memang cantik kalau menghayati betul2 apa yang ada dalam air. Batu karang dan ikan berenang dapat lihat dengan jelas. Then apa lagi, ambik gambar la. Eh lupa nak beritahu.. malam sebelumnya kami sewa gopro untuk pergi snorkelling. Kira okay la resort charge sehari guna RM50. jadi kami collect2 laa duit untuk bayar jd murah skit. Gambar nanti share2. kan mudahh.. haha. 



Aku ,mula2 masuk dalam air guna benda alah tu dah semput. Tak sampai 5 minit pun menyelam dah timbul balik. haha.. lebih banyak berenang daripada menyelam.. 




Selepas snorkelling di kawasan ni, kami bergerak ke hentian kedua dan ketiga. Hentian yang ketiga ni kami pergi tempat yang ada penyu. Kalau sebelum ni selalu tengok kat tv je penyu berenang, kali nie boleh berenang sekali dengan penyu haha. Tapi dapat tengok dari atas air je lah sebab penyu jauh dduk ke dasar laut. Nasib baik kawan aku sorang yang bawa Gopro ni rajin kejar penyu. Kalau nak harapkan aku memang tak lahh. Penat berenang je.. 


Eikha dan Asran.

Peace yoo.. 

Penyu.. penyu.. 

Takda pun penyu.. Penyu lain ada lah haha

Haa, bayang2 pon cukuplah..
Sebenarnya ada 2 tempat lagi yang kami pergi iaitu Shark point dan Lata Berani. Shark point orang kata ada ikan jerung la tapi waktu kami pergi tu x nampak pon jerung. Kalau ada pun dugong hidup haha.. jadi tak ada gambar lah yang diambil. Lepas tu kami terus pergi ke destinasi terakhir iaitu Lata Berani. Di Lata Berani ada satu kolam la yang airnya sejuk macam air ais. Air tu dikatakan air dari bukit dan turun ke bawah. So, kami apa lagi.. terus pergi dengan membawa gayung buatan sendiri yang diberi oleh brader boat untuk mandi. fuhh, memang segarlah airnya.. rasa macam main ice bucket hehe. 








Segar lepas mandi air sejuk. Lepas tu kami terus balik ke resort dan makan tengahari. Petang ny pulak macam biasa la turun tepi pantai lepak2. Bila lepak2 tu, ada la cadangan nak kenakan sorang kawan aku ni. Bukan nk kenakan sangat pun tapi disebabkan dia kalah dalam game malam semalam jadi ni la hukumannya..


Cinta Si Penggali Kubur

Cover2

Ini lah hasilnya..


Untuk hari ketiga kami checkout pukul 12 tengah hari. So, pagi tu kami decide la nak pergi berkayak lagi tp tak semua join. Cuma 6 orang je pergi berkayak. Waktu pagi2 best laa berkayak sebab air pasang.. Kayak punya kayak, sampai la ke Lata Berani lagi. Memang berani la berkayak jauh2 tapi yang penting seronok la boleh berkayak sampai ke situ. Sayang pula gmbr takda. Pukul 12 tengahari kami checkout dari resort tu.. 















Maka berakhirlah percutian kami di Pulau Perhentian. Harap2 dapat pergi lagi suatu hari nanti. Akan menjadi kenangan selama-lamanya. Peace yoo :)






No comments:

Post a Comment

Cuti- Perak Kami Datang

Pada cuti sekolah baru-baru ini , aku dengan geng-geng kaki jalan macam biasa lah ambil kesempatan untuk pusing-pusing Malaysia tapi ...