Rasanya ini entry pertama yang dapat aku update dalam blog ni. Sebelum ini memang tak berkesempatan la nak update2 bagai ni. Macam2 kerja kena buat. Ehh, membebel pulak aku kat sini. Okay, kali ini aku nak update tentang cerita kami di Penangggggg. Cuti tahun baru cina yang lepas, aku dan geng-geng kaki jalan pergi ke Pulau Pinang untuk jalan-jalan. Kami pergi 4 hari 3 malam je tapi itu pun rasa tak habis lagi pusing-pusing. Aku drive dari Kota Bharu guna kereta alza yang disewa dan perjalanan ke Seberang Perai ambil masa dalam 5 jam begitu lah. Pengalaman pertama kot drive jauh-jauh ni. Nasib baik lah ada kawan yang ada lesen kereta juga jadi bolehlah tukar2 driver kalau penat.
Hari pertama tu, kami pusing-pusing di kawasan Seberang Perai jer sebab tengahari baru sampai kat sana dan kami sewa homestay di kawasan sana juga. Kalau nak turun ke Pulau sana ambil masa pulak. Tapi kat area Seberang Perai takda apa sangat lah yang menarik untuk lepak cuma kami pergi ke area Pantai dan Shopping Mall je hari tu.
Keesokkan harinya pulak baru lah kami pergi ke area Georgetown. Pagi tu, kami turun seawal jam 8.00 pagi sebab nak elak jalan sesak katanya. Tapi, masalahnya kami naik feri Georgetown jadi tak lah sesak sangat. Nak ambil pengalaman lah katakan, so kami naik lah feri dengan bayaran RM7. Ambil masa dalam setengah jam juga lah tunggu feri tu sampai ke jeti.
Selepas sampai ke Georgetown, kami pun terus pergi ke Bukit Bendera. Susah juga lah nak cari tempat tu sampai berapa kali pusing, tapi nasib baik lah ada Waze jadi membantu juga lah sepanjang kami di Penang. Sampai di Bukit Bendera dalam jam 11 dan punya lah ramai orang kat sana berbaris untuk beli tiket dan menunggu giliran nak naik kat atas. Nak tak nak terpaksa lah berbaris juga demi nak naik kat atas guna train. Tapi bila dah naik kat atas tu memang berbaloi la sebab dapat rasa naik train ke atas dan dapat tengok pemandangan
Pulau Pinang dari atas. Bayaran masuk untuk dewasa RM10 tapi kami guna kad pelajar jadi kami bayar RM4 je untuk seorang.
Kelaparan haha. |
Kalau lapar kat atas tu jangan risau sebab ada banyak kedai makanan dan minuman. Pasal harga tak payah risau la sebab harga nya sangat berpatutan.
Bersambung....
No comments:
Post a Comment