Tuesday, 22 April 2014

Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 1 SK RPR Kuching

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. 

Fuhh, setelah bberapa minggu sibuk dgn urusan IPG, baru hr nie bkesempatan nak update entri. Kali nie takda lagi dh nk crita psal mlancong2. hehe.. Kali ni nak cerita tntg Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Fasa 1  di SK RPR Kuching, Sarawak selama seminggu iaitu pada 31 Mac 2014 - 4 April 2014.

SK RPR KUCHING

Hari pertama - 31 Mac 2014



          Menghadiri perhimpunan sekolah selepas melapor diri dengan Guru Besar Sekolah. 


Mendapatkan maklumat-maklumat sekolah serta membuat perbincangan dengan guru-guru sekolah berkaitan pendidikan. 






Melihat persekitaran dan kemudahan yang terdapat di sekolah.

Hari kedua- kelima - 1 April 2014- 4 April 2014






Memandangkan maklumat sekolah yang dikehendaki telah diperoleh, saya telah 'request' dgn PK1 untuk sit-in di kelas. Pengalaman pertama mengawal dan mengajar murid di kelas memang satu pengalaman yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Selama 4 hari berturut-turut, saya diberi peluang untuk sit in kelas yang ketiadaan guru. Pelbagai karenah dan perangai murid dapat dilihat dan ia dapat mengajar saya mengenai cara untuk mengawal dan menarik perhatian murid. Pengalaman Berasaskan Sekolah Fasa 1 ini serba sedikit telah memberi ilmu serta pengalaman yang baru kepada saya untuk dijadikan panduan pada masa hadapan. Insyaallah, PBS Fasa II akan datang.. sem depan.. 









No comments:

Post a Comment

Cuti- Perak Kami Datang

Pada cuti sekolah baru-baru ini , aku dengan geng-geng kaki jalan macam biasa lah ambil kesempatan untuk pusing-pusing Malaysia tapi ...