Assamalamualaikum..
Hi, kali ini aku nak cerita tentang air terjun cantik di Negeri Cik Siti Wan Kembang. Di Kelantan banyak air terjun tapi di antara kesemua air terjun tersebut, aku rasa air terjun Lata Berangin yang terletak di Kuala Krai ini sangat cantik. Terasa seperti di luar negara. Air Terjun Lata Berangin ini terletak jauh dari bandar Kuala Krai dan berkemungkinan ramai yang tidak tahu akan kewujudan air terjun tersebut disebabkan tempatnya terlalu jauh untuk dimasuki.
Aku dan kawan2 pergi ke situ pada Hari Raya Aidiladha ke2. Perjalanan dari IPG ke tempat tu mengambil masa dalam 2 jam lebih. Biasanya dalam 2 jam je orang pergi ke sana tapi disebabkan aku yang drive sendiri kereta yang kami sewa jadi lambat sedikit lah. Sewa kereta viva je.. maklumlah kami masih belajar lagi jadi xckup duit nk sewa kereta besar2. hehe *sedar diri pun. Perjalanan kami hanya berpandukan GPS dan pada pukul 11 macam tu kami sampai di kawasan air terjun tersebut. Mula2 kami ingatkan salah jalan sebab jalan masuk ke kawasan tersebut memang agak kecil dan berada di tepi gaung. Kira nak berpatah balik dah tapi nasib baik ada budak2 lalu guna motosikal jadi tanya dengan mereka lahh. Memang dah dekat sangat2 dh dengan air terjun. Kalau patah balik memang sia2 lah aku drive 2 jam lebih. Rasanya kami di antara yang terawal sampai selepas budak2 bermotosikal tu tadi. Sesudah sampai kami terus keluar kerata dan turun ke bawah untuk melihat air terjun..
Lepas mengambil gambar, kami terus tukar baju untuk bermain air. Salah seorang daripada kami tidak membawa baju dan dia lah yang menjadi mangsa untuk menjaga selipar dan menjaga handphone. Memang rugi lah kalau datang sini tak mandi. Sebelum mandi, snap2 lah dulu.. nasib baik kawan ada handphone Sony yang boleh kena air. So, boleh lahh bergambar puas2.
Terbaik. |
Hmm.. |
Punk Style.. |
So, sesiapa yang berada di Negeri Kelantan tu yang nak cari air terjun jangan lupa pergi Lata Berangin. Sekian sahaja..
tak pernah try lagi mana-mana air terjun di kelantan hee
ReplyDelete