Tuesday, 2 December 2014

Cuti-cuti 2014 : Pulau Perhentian (Part 1)

Assalamualaikum

Hai, sebenarnya aku penat dah dari tadi duduk depan laptop tapi tak apa lah, asalkan dapat update cerita. hehe. Kali ini nak update tentang percutian kami ke Pulau Perhentian, Besut, Terangganu pulak. Kami pergi pulau hari tu bulan 9 waktu cuti sekolah. Budak2 sekolah cuti, budak2 ipg pun cuti. So, apa lagi.. kami pergi bercuti la.. 

Kami bertolak dari IPG pukul 8 pagi dan perjalanan ke Jeti Pulau Perhentian tak lah jauh sangat cuma ambil masa sejam lebih macam tu. Kalau aku drive sendiri memang lambat la nak sampai. Nasib baik ayahanda a.k.a pensyarah kesayangan kami Tuan Haji Aziz Jaafar ikut sekali pergi bercuti, then dia lah yg drive.. hehe. bukan nak buli tapi dah dia tahu jalan kan. So, dalam pkul 10 macam tu kami gerak dah naik boat pergi Pulau Perhentian.. 

Smile :D



Perjalanan dari Jeti ke Pulau Perhentian mengambil masa satu jam juga lah. Kalau nak tahu, Pulau Perhentian ada 2 pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Tempat kami kali ini di Pulau Perhentian Besar. Kami menginap di Samudra Beach Resort bersebelahan dengan Nirwana Beach Resort. Resort kami tak la secantik Nirwana tapi okay lah daripada tidur tepi pantai haha. Kami tempah 4 bilik dan setiap bilik 3 orang dan kami ambil pakej sekali dengan aktiviti pantai yang mereka sedia. So, seorang dalam RM270 termasuk breakfast, lunch dan dinner. Kira berbaloi la ambil pakej mereka ni... 

Pada hari pertama, pihak resort tak ada menyediakan aktiviti jadi pandai2 kami mencari aktiviti haha. Selepas makan tengahari dan solat zohor, kami lepak2 tepi pantai di bawah pokok ru ambik gambar.. haha. *capture the moment. Then bila gmbr dh mencecah beribu (selfie je banyak), mula lah mencari aktiviti lain. 

Saiyaa Ingindeh Terbangdehh.. 

Afiq n Rahim.. 

Bersedia untuk lompat.. 


Bila tengok perahu kayak kt tepi pokok tu, kami decide nak berkayak la apa lagi. hehe.. tapi masalahnya air surut tapi hentam je lah daripada tak ada buat apa2 kan? haha.. 

Choose your partner.. 

Amboi happy semacam.. 



Pensyarah paling sporting.. 


Lebih kurang sejam juga la pusing2 bkayak ni. Sejam RM15 untuk satu kayak jadi manfaatkan lah walaupun pada hakikatnya air surut haha. Air surut then dekat bawah ada batu jadi susah nak gerak. Partner yang ringan senang la bawa pusing2 x perlu tsangkut di batu. Partner yang sebaliknya? (terasa aku) haha. Lepas berkayak kami jalan2 sehingga ke hujung pantai.. 






bersambung..



No comments:

Post a Comment

Cuti- Perak Kami Datang

Pada cuti sekolah baru-baru ini , aku dengan geng-geng kaki jalan macam biasa lah ambil kesempatan untuk pusing-pusing Malaysia tapi ...