Pada cuti sekolah baru-baru ini , aku dengan geng-geng kaki jalan macam biasa lah ambil kesempatan untuk pusing-pusing Malaysia tapi tak satu Malaysia sangat lah. Kali ini kitorang pilih negeri Perak Darul Ridzuan untuk diterjah.
Macam biasa lah, sebelum nak pergi tu macam-macam perlu di booking dulu.. hotel, kereta, bayaran masuk. Kali ini pun aku drive sendiri pergi sana dari Kota Bharu. Ambil masa nak 8 jam juga lah nak sampai. Cuba korang fikir, kalau pergi sana naik bas pastu sewa kereta lagi. Berapa duit habis dah ke situ? Sebab itu lah jimat lagi kalau sewa kereta di Kota Bharu pastu bawa pergi sana. Penat juga drive 8 jam tapi nasib baik geng-geng kat belakang gilir-gilir temankan aku. Kalau tak memang semua tidur lah aku drive sorang-sorang. Untuk pergi ke sana aku guna jalan Cameron Highlands sebab malas dah nak guna jalan Grik.
Kitorang gerak pagi jadi petang lah sampai kat sana. Sampai-sampai je terus pergi hotel yang dah di booking di internet. Hotel tu namanya Hotel Station 18. Kitorang ambil dua bilik, satu bilik untuk lelaki 3 orang dan satu bilik untuk perempuan 4 orang. Kalau waktu malam meriah lah kawasan tu sebab sebelah hotel tu kelab malam. Tapi nasib baik muzik tak dengar sampai ke bilik. Kawasan hotel ini agak strategik lah sebab berdekatan dengan Tesco dan Aeon, jadi senang nak beli makanan.
|
Pandangan pada waktu malam |
Sepanjang 4 hari 3 malam di sana banyak lah juga tempat dan makanan menarik di Perak yang kitorang pergi. Tempat dan makanan tu boleh tengok kat gambar bawah la.
Kellie's castle
Gua Tempurung, Gopeng.
Menara Condong, Teluk Intan.
|
Nampak tak kecondongan menara ini.. |
Lost World Of Tambun
Untuk hari ketiga, kitorang menghabiskan masa sehari suntuk di Lost World of Tambun yang terletak di Ipoh tetapi mengambil masa selama sejam dari bandar Ipoh. Bayaran masuk ke sini ialah RM57 tapi kitorang beli online jadi murah la sedikit dalam RM40 lbih. Dekat sini macam-macam boleh di main dan memang tak cukup masa kalau pergi setengah hari je. Apa-apa pun tempat ni memang best. Rugi sapa sapa yang pergi Ipoh tapi tak pergi kat sini. Taman tema ini bukan hanya menyediakan permainan air je, tapi ada zoo, rumah hantu, roller coster, water slide, kolam air panas, spa dan banyak lagi. Lain kali nak pergi sini lagi lah..Kalau dapat bawa adik beradik aku lagi lah best tapi tunggu aku kerja lah dulu baru mampu nak bayar semua. hehe.
Kat sini tak banyak ambik gambar sangat sebab semuanya excited nak main sampai tak ingat nak bergambar. Tengok je lah gambar yang ado..
|
Kalau main air kat sini rasa macam pool party sebab ada DJ yang main muzik kat atas ni. |
Makanan menarik di Ipoh, Perak
Sebelum pergi Ipoh ni ramai orang yang suggest tempat makan yang menarik kat sini. Ada la juga yang sempat kami makan sebelum balik. Antaranya ialah Nasi Ganja ataupun Nasi Vanggey, mee kicap Mat Jasak, satay gendut dan popia basah di medan selera ipoh, mee rebus pak ramli, dan aiskrim konda kondi.
|
Yang ni kedai Nasi Ganja. Walaupun kedai Cina tapi Mamak yang jual. hehe |
|
Nasi Ganja atau Nasi Vanggey |
|
Mee Rebus Pak Ramli |
|
Popia basah Medan Selera Ipoh |
|
Mee Kicap Mat Jasak |
|
Nasi Ayam Penyet paling sedap haha.. |
No comments:
Post a Comment