Wednesday, 26 March 2014

Melancong Di Langkawi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri pertama ni, saya akan menceritakan pengalaman menarik semasa melancong di Langkawi, Kedah. Alhamdulillah, setelah beberapa bulan buat perancangan awal dengan rakan-rakan sekelas, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu dan sampai. Pada mulanya, ramai budak kelas nak ikut tapi akhirnya 4 orang sahaja yang dapat ikut. Walaupun 4 orang , tp rancangan tetap berjalan seperti yang dirancangkan.


Ini lah gambar 4 orang yang bertuah tu.
Dari kiri hujung skali tu Peeyzan, Afiq, Fazri dan yang guna baju hitam oren tu, itu lah aku Nizam.
Kami berada di Langkawi selama 3 hari 2 malam sahaja iaitu dari 21hb Mac 2014 sehingga 23hb Mac.

Pada hari Khamis malam Jumaat iaitu 20hb Mac, kami bertolak dari Kota Bharu pada jam 9.00 malam dengan menggunakan bas. (ini kali pertama naik bas luar di Kota Bharu). Perjalanan dari Kota Bharu ke Kuala Perlis mengambil masa lebih kurang 8 jam lebih macam tu lahh. *mabuk bas macam biasa kalau naik bas hahaha. Lebih kurang dalam pukul 6 pagi macam tu kami selamat tiba di stesen bas Kuala Perlis. Terasa penat sangat tapi perasaan tu ditolak ke tepi sekejap sebab perasaan teruja nak sampai Langkawi melebihi segalanya. Amboii haha..

Pada jam 7.00 pagi kami terus pergi ke Jeti Feri  utk beli tiket n hrga tiket feri RM18 jerr.. Jarak Jeti Feri dengan stesen bas tadi x jauh pun lebih kurang beberapa meter jerr. xperlu nak ambik teksi sbb dekat sesangat boleh jalan kaki.. perjalanan menggunakan feri dari kuala perlis ke jeti kuah mengambil masa lebih kurang 1 jam macam tue. Bila dh smpai di Jeti Kuah, kami tggu orang utk htr kreta sewa yg sudah ditempah. Pada mulanya, kmi tempah untk sewa kreta myvi tapi pd hari tu kreta myvi smua hbis d sewa org. Abg kereta sewa ni kira baik laa sebab bagi kmi sewa kreta Avanza dengan hr RM80 ringgit sehari. Kira murah lah tu sebab biasanya Avanza RM100++.

Kereta Avanza baru lagi tue.. 

Selepas dah ambil kereta, kami pusing-pusing sekitar Pekan Kuah dahulu sebelum check-in hotel pukul 2 petang. Setelah puas pusing-pusing sekitar Pekah Kuah, kami check-in di Hotel Langkawi Budget Inn. Kami tinggal di hotel murah jerr sebab nak jimat bajet. Lagipun dtg Langkawi bukannya nak tidur, tapi nak melancong hihi. Tapi mmg murah laa hotel ni.. 2 malam untuk 4 orang hnya RM140. *tempah melalui internet

Langkawi Budget Inn
Setelah berehat sebentar di hotel, petang tue kami teruskan meneruskan perjalanan ke Pantai Chenang. Senang jerr kalau nak jalan di Langkawi nie, papan tanda semua ada. Tapi kami guna GPS lagi mudah haha..

 Nie gambar di Pantai Chenang..











Berdekatan dengan Pantai Chenang, terdapat Laman Padi Langkawi. Kami x mlepaskan peluang utk pergi ke situ memandangkan jarang2 tengok sawah padi hihi..








Pada sebelah malamnya pula, kami bersiar-siar di sepanjang jalan Pantai Chenang. Di situ juga terletaknya UnderWater World Langkawi yang menempatkan pelbagai jenis hiduapan air termasuklah penguin. Tapi kami hnya sempat mengambil gmbr memandangkan x plan pun nk masuk dalam tue. hihi.. tempat ni buka smpai petang sahaja dan bayaran masuk RM28. 





Pada hari berikutnya iaitu 22hb Mac hari Sabtu, kami bertolak dari hotel seawal jam 7 pagi sebab nak tukar kereta dgn abg kreta sewa nie dan lepas tu pergi ke Pulau Dayang Bunting pada jam 9 pagi seperti yang telah dijadualkan.Tapi sebelum tu, kami breakfast dahulu di gerai berhampiran Haji Ismail Group Hotel. 




Selepas breakfast kami terus pergi ke tempat kreta sewa nie. Tungu punya tunggu, pukul 9 baru abg tu dtg,. fuhhh, panas glerr hati tme tu tuhan je tahu. Dah lah perjalanan dari Pekan Kuah ke Pantai Chenang mengambil masa dalam 30 minit nk sampai.. Semasa dalam perjalanan ke Pantai Chenang, org yang bertanggungjawab utk mmbawa kami ke Pulau Dayang Bunting bberapa hubungi kami.. dan kami ambil kputusan utk pergi trip yang seterusnya iaitu jam 2 petang. Selepas itu, tanpa dirancang kami terus pergi ke kawasan Gunung Machincang untuk melihat kawasan kereta kabel. Pada hari sebelumnya, ada yang menyatakan bahawa kereta kabel 'under maintenance'. Tapi, Allah telah menentukan untuk kami pergi ke sana.. ternyata kereta kabel berjalan seperti biasa tp kawasan berjalan kaki sahaja 'under maintenance'. 









 Pada jam 2 kami bertolak dari Jeti Pantai Chenang ke Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah .. *pengalaman pertama naik bot. 









Hari terakhir kami di Langkawi, 23hb Mac 2014, kami pergi ke Taman Legenda Langkawi yang terletak berhampiran Jeti dan Dataran Helang. Taman Lagenda dibina untuk menceritakan sejarah Langkawi. Di dalam taman ini terdapat 4 buah tasik buatan, 17 monumen yang mempunyai cerita sendiri, pantai buatan dan beberapa buag tempat rehat untuk orang awam. 






Pada jam 12.00 tengahari kami bertolak dari Jeti Kuah ke Jeti Kuala Perlis. Masa 3hari 2malam tidak cukup untuk pergi semua tempat menarik yang terdapat di Langkawi. Harap dapat pergi ke Langkawi lagi pada masa hadapan jika berkesempatan, insyaallah. 

2 comments:

  1. Tiket ferry beli awl2 online atau on the spot kt situ jgk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf, lama x buka blog ni :) tiket feri beli kt situ on the spot.. setiap jam ada. paling lewat feri smpai pukul 7 petang.

      Delete

Cuti- Perak Kami Datang

Pada cuti sekolah baru-baru ini , aku dengan geng-geng kaki jalan macam biasa lah ambil kesempatan untuk pusing-pusing Malaysia tapi ...