Salam. Pada bulan November yang lepas, kami telah melawat ke negara Brunei selama 4 hari 3 malam. Sepanjang lawatan tersebut kami telah menginap di Hotel Traders Inn yang terletak di Jalan Gadong. Untuk urusan tempahan hotel, salah seorang daripada kami telah berurusan dengan pihak hotel melalui online. Urusan tersebut memang agak mudah untuk diuruskan sebab pihak hotel memang memberi perkhidmatan terbaiklah.
Kami tiba di Brunei lebih kurang jam 10 macam tu dan selepas makan tengahari kami terus menuju ke Hotel Traders Inn untuk check-in. Untuk berurusan dengan pekerja di kaunter tersebut sememangnya memerlukan seseorang yang fasih bebahasa inggeris sebab kebanyakkan pekerja di hotel tersebut adalah orang luar. Boleh je kalau cakap bahasa melayu tapi kalau guna bahasa inggeris lagi senang nak berkomunikasi. Perkhidmatan pekerja di kaunter hotel tu memang tip top lah sebab cara mereka bercakap pun melambangkan negara Brunei yang penuh dengan penghormatan.
Ahli rombongan lawatan kami ke Brunei tu seramai 16 orang, 12 orang guru pelatih dan 4 orang pensyarah. Jadi kami telah menempah 6 buah bilik iaitu 5 bilik untuk 3 orang dan 1 bilik untuk 2 orang. 3 orang sebilik macam agak ramai tapi jika masuk dalam bilik tersebut sememangnya orang yang menginap di situ akan berpuas hati dengan keadaan bilik hotel tersebut. Kalau nak cakap tentang harga hotel, serius saya katakan agak berpatutan.
Hotel tersebut tak lah besar sangat tapi keadaan dalam hotel memang agak bersih dan kemas. Sekali lagi, saya katakan sesiapa yang menginap di Hotel ni memang akan berpuas hati dengan perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan. Jom tengok gambar hotel ni..
Pandangan dari luar hotel..
Pintu masuk Hotel Traders Inn
Tempat duduk di lobby hotel..
Kaunter pendaftaran..
Di hotel ini juga ada menyediakan pakej berserta dengan breakfast dan ini gambar kafe hotel.
Hotel ini mempunyai dua tingkat..
Lobby hotel yang seakan-akan hotel mewah.
Bilik yang selesa..
Ni connecting room yang bersambung dengan bilik sebelah. Budak lelaki bersebelahan dengan lelaki la. Budak perempuan bersebelahan dengan perempuan, jadi senang nak lepak2 sebelum tidur. Dalam bilik ini mempunyai banyak kemudahan antaranya, televisyen, aircond, pengering rambut, peti sejuk, wifi (wifi memang laju lah sampai tak terkejar dek orang). Kalau memerlukan seterika dengan mejanya, boleh minta dengan pekerja.
Tandas yang bersih dan selesa. Ada kemudahan hot water..
Gambar kenang-kenangan di depan pintu Hotel.
Secara keseluruhan, kami berpuas hati terhadap perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh Hotel Traders Inn ini. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak hotel kerana telah memberi layanan yang terbaik kepada kami. Insyaallah, pada suatu hari nanti kami akan datang kembali dan menginap di hotel ini.
Kepada orang Malaysia, saya cadangkan untuk menginap di Hotel ini sepanjang keberadaan anda di Bandar Seri Begawan, Brunei.
Untuk tempahan sila hubungi melalui web dan laman facebook :
http://www.tradersinn-bn.com/
https://www.facebook.com/pages/Traders-Inn-Brunei/131926110169943?fref=ts