Thursday, 12 March 2015

CNY 2015 : Jalan-Jalan ke Penang (Part 2)

Entry ni pulak sambungan untuk yang part 1. 

Selepas pergi ke Bukit Bendera, kami terus pergi ke China Town di Georgetown. Memang tak sah lah pergi Pulau Pinang kalau tak pergi China Town untuk ambil gambar Street Art. Mulanya nak jalan kaki je untuk pusing-pusing cari gambar2 tapi terasa jauh pulak berjalan sebab gambar tu bukan terletak di satu tempat je tapi banyak. Peta kawasan street art pun kami takda, jadi kami main redah je. Last2, kami decide sewa basikal tapi ada pulak yang sewa beca haha. Tengok lah gambar bawah ni..




















Kami habis pusing2 di sana jam 7 malam. Itu pun x habis semua tempat yang kami pergi. Tapi puas hati juga lahh dapat ambil gambar di sana walaupun tak semua. Malam tu kami makan di Padang Kota. Kalau sebut Pulau Pinang memang orang akan cadangkan untuk makan di sini sebab banyak kedai makan dan pelbagai jenis makanan ada dijual seperti, Laksa Penang, Pasembur dan banyak lagi. 


Hari ketiga kami meneruskan perjalanan kami mengikut apa yang telah dirancang iaitu pergi ke Escape Park yang terletak di Teluk Bahang berdekatan dengan Batu Feringgi. Bayaran masuk ialah RM68 ringgit untuk seorang tapi kami hanya bayar RM61 kerana kami beli secara online. Macam2 aktiviti yang dapat kita lakukan di sana contohnya, flying fox dan banyak lagi. 







Sebenarnya kat dalam ni tak boleh ambil gambar, tapi kami sembunyi2 ambil dan sebab tu lah gambar kat dalam ni tak banyak sangat takut kantoi dengan pekerja di sana. Selepas balik dari tempat ni, kami berenti rehat di area Batu Feringgi untuk makan tengahari iaitu Nasi Kandaq dan singgah beli Jeruk Madu Pak Ali untuk di bawa balik. 

Kami berkesempatan pergi ke Hot Air Ballon Fiesta yang berlansung di Padang Polo pada petang itu. Ramai orang datang untuk melihat Hot Air Balloon di sana dan menyebabkan jalan sesak sehingga malam dan malam itu kami makan di Padang Brown yang terkenal dengan makanan Penang. 




Hari keempat iaitu keesokkan harinya, kami check out pada waktu pagi dari homestay dan terus pergi ke Georgetown untuk membeli sedikit ole2 untuk keluarga dan kawan2. Selepas itu, kami terus berangkat untuk balik ke Kota Bharu. Rasanya, sampai di sini sahaja yang dapat aku ceritakan sepanjang percutian di Pulau Pinang ini. Tq.









CNY 2015 : Jalan-Jalan ke Penang (Part 1)

Assalam semua.

Rasanya ini entry pertama yang dapat aku update dalam blog ni. Sebelum ini memang tak berkesempatan la nak update2 bagai ni. Macam2 kerja kena buat. Ehh, membebel pulak aku kat sini. Okay, kali ini aku nak update tentang cerita kami di Penangggggg. Cuti tahun baru cina yang lepas, aku dan geng-geng kaki jalan pergi ke Pulau Pinang untuk jalan-jalan. Kami pergi 4 hari 3 malam je tapi itu pun rasa tak habis lagi pusing-pusing. Aku drive dari Kota Bharu guna kereta alza yang disewa dan perjalanan ke Seberang Perai ambil masa dalam 5 jam begitu lah. Pengalaman pertama kot drive jauh-jauh ni. Nasib baik lah ada kawan yang ada lesen kereta juga jadi bolehlah tukar2 driver kalau penat. 

Hari pertama tu, kami pusing-pusing di kawasan Seberang Perai jer sebab tengahari baru sampai kat sana dan kami sewa homestay di kawasan sana juga. Kalau nak turun ke Pulau sana ambil masa pulak. Tapi kat area Seberang Perai takda apa sangat lah yang menarik untuk lepak cuma kami pergi ke area Pantai dan Shopping Mall je hari tu. 











Keesokkan harinya pulak baru lah kami pergi ke area Georgetown. Pagi tu, kami turun seawal jam 8.00 pagi sebab nak elak jalan sesak katanya. Tapi, masalahnya kami naik feri Georgetown jadi tak lah sesak sangat. Nak ambil pengalaman lah katakan, so kami naik lah feri dengan bayaran RM7. Ambil masa dalam setengah jam juga lah tunggu feri tu sampai ke jeti. 





Selepas sampai ke Georgetown, kami pun terus pergi ke Bukit Bendera. Susah juga lah nak cari tempat tu sampai berapa kali pusing, tapi nasib baik lah ada Waze jadi membantu juga lah sepanjang kami di Penang. Sampai di Bukit Bendera dalam jam 11 dan punya lah ramai orang kat sana berbaris untuk beli tiket dan menunggu giliran nak naik kat atas. Nak tak nak terpaksa lah berbaris juga demi nak naik kat atas guna train. Tapi bila dah naik kat atas tu memang berbaloi la sebab dapat rasa naik train ke atas dan dapat tengok pemandangan 
Pulau Pinang dari atas. Bayaran masuk untuk dewasa RM10 tapi kami guna kad pelajar jadi kami bayar RM4 je untuk seorang. 














Kelaparan haha. 


Kalau lapar kat atas tu jangan risau sebab ada banyak kedai makanan dan minuman. Pasal harga tak payah risau la sebab harga nya sangat berpatutan. 


Bersambung....

Cuti- Perak Kami Datang

Pada cuti sekolah baru-baru ini , aku dengan geng-geng kaki jalan macam biasa lah ambil kesempatan untuk pusing-pusing Malaysia tapi ...