Sebenarnya aku tak tahu pun maksud mung tu tapi aku selalu dengar budak ganu tempat aku belajar tu guna word 'mung' kalau bcakap dengan geng2 ganu dorang. Jadi aku anggap je perkataan 'mung' tu bermaksud kamu. haha. Waktu cuti baru la aku berkesempatan nak update blog ni. Kalau tak memang tak ada masa nk update. Entry kali ini aku nak cerita tentang 'Short Vacation' kami di Kuala Terengganu waktu cuti sekolah bulan 3 lepas. Lama dh nk update gambar2, tp apa boleh buat. Sibuk memanjang.. hehe.
So, kalau pergi vacation ni macam biasa lah mesti ada team kan baru dapat pergi. Memandangkan waktu ni cuti sekolah n geng2 yang biasa pergi vacation tu balik kampung, jadi terpaksa ajak org lain utk temankan. Tapi kali ini kali pertama kawan2 aku perempuan join skali pergi. Nasib baik pergi hanya 2 hari 1 malam.. tak la takut sangat kalau bwa anak dara org. Geng kali ni ramai sikit yang join.. 4 lelaki n 3 perempuan. muat la semua dalam kereta alza yang kami sewa n terus jalan.....
Sampai2 sana terus cari makan sebab lapar sangat n cari hotel budget untuk bermalam. Cukup la hotel budget, asalkan dapat tido time malam n ada aircond. Ambik 2 bilik laa, lelaki2 n perempuan2. haha. jgn fkir lain. Kami budak baik, okay!
Ada banyak tempat juga la kami sempat pergi walaupun sekejap je. Tempat2 tu boleh tengok kat bawah laa... banyak juga tempat menarik di Kuala Terengganu ni.
Bukit Puteri
3 dara yang aku bawa haha.. |
cantik pulak gambar ni tp sorang tu macam salah ja haha.. |
family photo. |
Street Art Chinatown
tolak..tolak.. |
terus x menjadi realistik ny sbb kantoi ada camera nampak.. |
haa.. belok tepi tu bang.. |
Masjid Kristal
smile. |
background Masjid Kristal |
Pantai Batu Burok
Teringin jugak nak naik kereta kuda yg dihias mcm kreta pengantin.. |
Princess n Prince of Horse. |
Muzium Terengganu
I-city Terengganu
Sebenarnya I-city ni cantik kalau di lihat waktu malam sebab ada pokok2 berlampu macam di I-city Shah Alam. Waktu malam ada juga pergi tapi gambar tak tahu pergi haha. Ni view waktu siang ja yang ada.. Kalau nak beli ole2 macam key chain, baju terengganu boleh pergi ke Pasar Payang. Di situ macam2 ada jual tmasuk keropok2, makanan... tapi gambar tak ada pula. tak sempat nk ambil gambar kot. Tp keropok lekor terengganu memang sedapp. Terbaikk. Insyallah, kalau ada masa nnt nk pergi lagi kat sni. Tak jauh pun dr Kota Bharu, cuma ambil masa 3 jam untuk sampai.
Okay, sekian sahaja cerita sampai di sini.